TracAPM, perkongsian pintar saringan keselamatan diintegrasi dalam sistem digital KLN, Imigresen dan NADMA
March 25, 2021
Sistem Digital TracAPM, iaitu perkongsian pintar antara Angkatan Pertahanan Malaysia, APM dan Nexgram Holdings, NEXGRAM, dilancarkan semalam. Pelancaran sistem tersebut selari dengan inisiatif MyDigital kerajaan, dilancarkan oleh Perdana Menteri.
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun APM ke-69, Tan Sri Muhyiddin turut merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat APM.
Sistem Digital TracAPM telah diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA dan digunapakai untuk proses saringan digital pelancongan.
Ia juga akan diguna untuk verifikasi pasport vaksin yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negara lain.
Pegawai TracAPM akan berkhidmat di semua lokasi ketibaan masuk dan berhubung secara terus dengan Tracvirus yang mampu membaca dan verifikasi sijil kesihatan digital kemudahan melancong secara selamat, tepat dan mudah.
APM akan melaksanakan dan mengintegrasikan sistem digital TracAPM dengan Kementerian Luar Negara, Jabatan Imigresen, dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional, NADMA.